Casio XJ-UT310WN Manual do Utilizador Página 14

  • Descarregar
  • Adicionar aos meus manuais
  • Imprimir
  • Página
    / 20
  • Índice
  • MARCADORES
  • Avaliado. / 5. Com base em avaliações de clientes
Vista de página 13
MS-12
Panduan Cepat
Bahagian ini menerangkan aliran operasi sehinggalah tayangan bermula.
Untuk lebih banyak operasi individu, lihat “Panduan Pengguna” (UsersGuide.pdf).
1. Masukkan bateri ke dalam alat kawalan jauh.
“Untuk memuatkan bateri alat kawalan jauh” (Panduan Pengguna)
2. Tempatkan projektor di atas meja, atau tempat letak yang rata dan tegap, dan
pastikan terdapat ruang yang mencukupi di sekelilingnya.
“Menyediakan Projektor”, “Langkah Berjaga-Jaga Persediaan” (Panduan Pengguna)
z Pastikan juga anda membaca “Langkah-Langkah Keselamatan” (halaman MS-1) dan “Langkah
Berjaga-Jaga Pengendalian” (halaman MS-7).
z Anda perlu membeli perkakasan khas untuk menggantung projektor ini dari siling atau
melekapkannya pada dinding. Untuk butiran, hubungi penjual tempat anda membeli projektor itu.
3. Laraskan sudut menegak projektor.
1 Putarkan kaki tunggal pada bahagian
hadapan bawah projektor untuk melaraskan
sudut menegak projektor dengan baik.
2 Putarkan kedua-dua kaki pada bahagian
belakang bawah projektor untuk melaraskan
sudut melintang projektor dengan baik.
4. Gunakan kord kuasa yang dibekalkan untuk memasang projektor pada salur keluar
kuasa.
5. Sambungkan projektor pada peranti output imej dan hidupkan peranti itu.
“Menyambung Kabel Projektor” (Panduan Pengguna)
6. Tekan kekunci [P] (Kuasa) untuk menghidupkan projektor.
z Apabila anda menghidupkan projektor buat pertama kali, tetingkap “Bahasa” akan muncul di
bahagian tengah skrin tayangan. Pilih bahasa yang anda mahu.
7. Gunakan kekunci [INPUT] untuk memilih sumber input.
“Memilih Sumber Input” (Panduan Pengguna)
8. Gunakan tuas fokus untuk melaraskan fokus.
9. Setelah anda selesai membuat tayangan, tekan kekunci [P] (Kuasa).
z Ini akan menyebabkan mesej pengesahan penutupan kuasa muncul. Tekan kekunci [P] (Kuasa)
sekali lagi untuk mematikan projektor.
z Produk ini juga direka untuk sistem pengagihan kuasa IT dengan voltan 230 V fasa ke fasa.
21
Vista de página 13
1 2 ... 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Comentários a estes Manuais

Sem comentários