
62
Tutorial Syot Kilat
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih bilangan imej Prarakam (Pegun)
dan kemudian tekan [SET].
• Tetapan: 0 syot, 3 syot, 5 syot, 10 syot, 15 syot, 20 syot, 25 syot
• Jika anda memilih “0 syot”, imej prarakam tidak disimpan apabila anda
menekan separuh butang pengatup.
4. Tekan separuh dan tahan butang pengatup untuk memulakan
prarakaman.
Penimbal prarakam terus dikemas kini dengan imej selagi butang pengatup
ditekan.
• Kamera tidak akan mengeluarkan bunyi pengatup semasa ia memprarakam
imej.
• Melepaskan butang pengatup yang ditekan separuh akan menyebabkan
kandungan penimbal prarakam dipadam.
5. Tekan penuh dan tahan butang pengatup.
Ini akan merakam imej dalam penimbal prarakam diikuti oleh imej rakaman masa
sebenar. Perakaman imej akan berterusan selagi anda menekan pengatup atau
sehingga bilangan maksimum imej yang ditetapkan oleh “Kelajuan Tinggi CS fps”
dicapai.
• Anda boleh menggunakan mana-mana mod rakaman berikut untuk merakam
dengan CS Kelajuan Tinggi: Mod A (Apertur AE), Mod S (Kelajuan Pengatup AE),
Mod M (Pendedahan Manual).
• Lebih banyak bilangan syot, lebih lama masa yang diambil untuk menyimpannya
selepas rakaman selesai.
• Apabila menggunakan mod pengatup berterusan, pastikan kamera tidak bergerak
sehingga rakaman selesai.
• Zum dinyahdayakan semasa operasi pengatup berterusan.
• Kualiti imej syot kilat secara automatik bertukar kepada “Normal”.
• Pendedahan dan fokus untuk imej pertama ditetapkan untuk imej seterusnya juga.
• Tetapan denyar secara automatik menjadi ? (Denyar Mati).
• Saiz Imej berikut tidak boleh dipilih: 3:2, 16:9. Memasuki mod CS Kelajuan Tinggi
semasa mana-mana saiz imej ini dipilih akan menyebabkan tetapan saiz imej
bertukar kepada “16 M” secara automatik.
• Fungsi berikut tidak boleh digunakan.
Pengatup Gerakan, Pemasa Kendiri Tigaan, Zum MultiSR
• Semasa rakaman CS, sesetengah item tetapan dikaburkan pada paparan dan
tidak boleh dipilih.
• Pemasa Kendiri tidak boleh digunakan dalam mod CS Prarakam.
• Jika anda tetapkan “CS” kepada tetapan Penyesuaian Kekunci “Kekunci Ki/Kn”
(halaman 104), anda boleh mengubah mod CS dengan menekan kekunci [4] atau
[6].
Comentários a estes Manuais