Casio EX-ZR2000 Manual do Utilizador Página 108

  • Descarregar
  • Adicionar aos meus manuais
  • Imprimir
  • Página
    / 225
  • Índice
  • MARCADORES
  • Avaliado. / 5. Com base em avaliações de clientes
Vista de página 107
108
Tetapan Lanjutan (REC MENU)
Fokus Auto dinyahdayakan apabila “MF” (Fokus Manual) dipilih untuk mod fokus
(halaman 47), walaupun anda memilih kawasan AF.
Memilih “O Penjejakan” boleh menyebabkan getaran dan hingar berlaku kerana
operasi kanta semasa menjejak subjek. Ini tidak bermakna berlaku kerosakan.
Dengan beberapa pemandangan BEST SHOT, terdapat batasan penggunaan
tetapan kawasan AF. Disebabkan ini, anda mungkin tidak dapat menggunakan
tetapan tertentu atau anda mungkin tidak dapat menentukan sebarang tetapan
Kawasan AF.
Apabila “I Multi” dipilih sebagai tetapan kawasan AF, kekunci kiri dan kanan
menganjakkan kawasan fokus. Dalam hal ini, fungsi kekunci kiri dan kanan
ditetapkan dan tidak terjejas oleh tetapan Penyesuaian Kekunci “Kekunci Ki/Kn”
kamera (halaman 104).
Apabila menangkap gambar orang, ciri pengecaman muka mengesan sehingga
sepuluh muka individu dan melaras fokus dan kecerahan sewajarnya.
1. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Hidup” dan kemudian tekan
[SET].
2. Halakan kamera pada subjek.
Kamera akan mengesan muka manusia dan
memaparkan rangka di sekeliling setiap muka.
3. Tekan butang pengatup sehingga separuh.
Kamera akan memfokus dan bingkai di sekeliling
muka yang difokuskannya bertukar hijau.
4. Tekan butang pengatup sepenuhnya.
Tip untuk Hasil Pengecaman Muka Terbaik
Jika kamera tidak dapat mengesan muka, pemfokusan dilakukan mengikut tetapan
Kawasan AF (halaman 107).
Sentiasa pastikan Fokus Auto (AF) dipilih sebagai mod fokus semasa merakam
dengan pengecaman muka.
Pengecaman jenis muka berikut tidak disokong.
Muka yang dihalang rambut, cermin mata hitam, topi dsb., atau muka dalam
bayang gelap
Sisi atau muka yang berada pada sudut tertentu
Muka yang berada terlalu jauh dan kecil atau terlalu dekat dan besar
Muka di kawasan yang sangat gelap
Muka binatang peliharaan atau subjek bukan manusia lain
Penggambaran dengan Pengecaman Muka
(Pengecaman Muka)
Item menu: Pengecaman Muka
Vista de página 107
1 2 ... 103 104 105 106 107 108 109 110 111 112 113 ... 224 225

Comentários a estes Manuais

Sem comentários