Casio XJ-UT310WN Manual do Utilizador Página 57

  • Descarregar
  • Adicionar aos meus manuais
  • Imprimir
  • Página
    / 101
  • Índice
  • MARCADORES
  • Avaliado. / 5. Com base em avaliações de clientes
Vista de página 56
57
Pelarasan Imej 2 3
Imbasan atas (CVD)
Laraskan amaun imbasan atas untuk mendapatkan isyarat video input dalam julat
0% hingga 5%*. Saiz kawasan sempadan yang dipaparkan pada skrin tayangan
bergantung pada nilai seting. Nilai yang lebih kecil menghasilkan kawasan
sempadan yang lebih lebar seperti yang ditunjukkan di bawah.
Pelarasan Imej 2 3
Pulihkan Lalai Menu (RCVD)
Kembalikan semua item di dalam menu utama “Pelarasan Imej 2” kepada lalai awal
untuk sumber imej yang sedang ditayangkan.
Pelarasan Kelantangan 3
Kelantangan
Lihat “Untuk melaraskan aras kelantangan (VOLUME)” (halaman 47) untuk butiran
lanjut.
Pelarasan Kelantangan 3
Pulihkan Lalai Menu
Kembalikan seting Kelantangan kepada lalai asal untuk sumber imej yang sedang
ditayangkan.
Seting Skrin 3
Pembetulan Pepasak
Gunakan submenu ini untuk melaraskan pembetulan pepasak menegak imej yang
ditayangkan.
Seting Skrin 3
Nisbah Bidang (RCVHD)
Pilih seting nisbah bidang untuk imej yang ditayangkan.
Lihat “Untuk menukar nisbah bidang imej yang ditayang (ASPECT)” (halaman 49)
untuk butiran lanjut.
Seting Skrin 3
Mod Tayangan
Nyatakan sama ada tayangan akan berlangsung dari hadapan atau belakang skrin.
Hadapan*: Pilih opsyen ini untuk menayangkan dari hadapan skrin.
Belakang: Pilih opsyen ini untuk menayangkan dari belakang skrin. Seting ini
menerbalikkan imej hadapan yang ditayangkan secara melintang.
Seting Skrin 3
Lekapan Siling
Sediakan projektor untuk digantung dari siling.
Hidup: Pilih apabila projektor digantung dari siling. Oleh kerana bahagian bawah
projektor menghadap ke atas, imej yang ditayangkan diterbalikkan secara
melintang dan menegak.
Mati*: Pilih apabila projektor digunakan di atas meja. Ini akan menayangkan imej
dengan anggapan bahawa bahagian atas projektor menghadap ke atas.
Seting Skrin 3
Skrin Permulaan
Nyatakan sama ada skrin permulaan perlu ditayangkan setiap kali kuasa projektor
dihidupkan dan pilih imej yang akan digunakan sebagai skrin permulaan.
Logo: Menayang logo terbina dalam projektor atau logo pengguna (halaman 75)
sebagai skrin permulaan.
Tiada*: Menyahdayakan penayangan skrin permulaan.
Seting Skrin 3
Tiada Skrin Isyarat
Pilih satu daripada berikut sebagai imej tayangan apabila tiada isyarat input
dimasukkan ke dalam projektor: “Biru”* (skrin biru), “Hitam” (skrin hitam), “Logo”
(logo terbina dalam projektor, atau logo pengguna, halaman 75).
Seting Skrin 3
Skrin Kosong
Pilih satu daripada berikut sebagai imej tayangan apabila kekunci [BLANK] ditekan:
“Biru”* (skrin biru), “Hitam” (skrin hitam), “Logo” (logo terbina dalam projektor, atau
logo pengguna, halaman 75).
Seting Skrin 3
Anjakan Skrin Digital
Lihat “Anjakan Skrin Digital” (halaman 61).
Seting Skrin 3
Pulihkan Lalai Menu
Kembalikan semua item di dalam menu utama “Seting Skrin” kepada lalai awal untuk
sumber imej yang sedang ditayangkan.
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini:
Julat paparan pada 5%.
Julat paparan pada 0%.
Vista de página 56
1 2 ... 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 ... 100 101

Comentários a estes Manuais

Sem comentários