
56
Seting Menu Persediaan
z Satu atau lebih huruf (seperti RCV) selepas nama item menu menunjukkan satu item yang tersedia
hanya apabila satu atau lebih sumber input tertentu dipilih. Huruf-huruf tersebut menunjukkan
sumber input di mana item menu tersedia.
R: Input RGB, C: Input komponen, V: Input S-Video atau input Video, H: Input HDMI (PC),
D: Input HDMI (DTV), F: Pemapar Fail, T: Alat USB CASIO, N: Rangkaian, U: Paparan USB
z Item menu yang tidak mempunyai sebarang huruf di sebelahnya akan tersedia tanpa mengira
sumber input.
z Seting lalai awal ditunjukkan oleh asterisk (*).
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini:
Pelarasan Imej 1 3
Kecerahan
Laraskan kecerahan imej yang ditayangkan.
Pelarasan Imej 1 3
Kontras
Laraskan kontras imej yang ditayangkan.
Pelarasan Imej 1 3
Ketajaman (V)
Gunakan submenu ini untuk melaraskan ketajaman garis rangka imej yang
ditayangkan. Nilai yang lebih besar menjadikan imej lebih tajam, manakala nilai yang
lebih kecil menjadikannya kurang tajam.
Pelarasan Imej 1 3
Ketepuan (V)
Gunakan submenu ini untuk melaraskan ketepuan warna imej yang ditayangkan.
Nilai yang lebih besar meningkatkan ketepuan warna.
Pelarasan Imej 1 3
Seri Warna (V)
Gunakan submenu ini untuk melaraskan seri warna imej yang ditayangkan.
Nilai yang lebih besar menjadikan imej keseluruhan lebih kebiru-biruan, manakala
nilai yang lebih kecil menjadikan imej keseluruhan lebih kemerah-merahan. Seting ini
disokong hanya apabila isyarat adalah NTSC atau NTSC4.43.
Pelarasan Imej 1 3
Mod Warna
Pilih satu daripada mod warna imej tayangan berikut: “Standard*”, “Grafik”,
“Teater”, “Papan Hitam”, “Semula jadi”.
Pelarasan Imej 1 3
Imbangan Warna
Pilih satu daripada praset imbangan warna berikut: “Hangat”, “Normal*”, “Sejuk”.
Juga boleh digunakan untuk melaraskan merah, hijau dan biru secara berasingan.
Pelarasan Imej 1 3
Mod Eko Mati
Apabila “Mati” dipilih untuk seting “Seting Opsyen 1 3 Mod Eko”, nyatakan sama
ada “Terang” (keutamaan kecerahan) atau “Normal*” (keutamaan rona) sebagai
seting kualiti imej.
Pelarasan Imej 1 3
Pulihkan Lalai Menu
Kembalikan semua item di dalam menu utama “Pelarasan Imej 1” kepada lalai awal
untuk sumber imej yang sedang ditayangkan.
Pelarasan Imej 2 3
Kedudukan Menegak (RCV)
Laraskan kedudukan menegak dan melintang imej sumber input mengikut skrin
sasaran.
Pelarasan Imej 2 3
Kedudukan Melintang
(RCV)
Pelarasan Imej 2 3
Frekuensi (R)
Apabila jalur menegak muncul dalam imej yang ditayangkan semasa RGB dipilih
sebagai sumber input, ini bermakna seting frekuensi tidak betul. Apabila ini berlaku,
gunakan seting ini untuk melaraskan frekuensi secara manual. Jika, atas
sebab-sebab tertentu, seting frekuensi manual anda menyebabkan input imej dari
komputer hilang daripada tayangan, anda boleh menekan kekunci [AUTO] untuk
melakukan operasi laras auto, yang seharusnya menyebabkan imej itu muncul.
Pelarasan Imej 2 3
Fasa (R)
Laraskan fasa isyarat input RGB apabila imej berkelip-kelip kerana fasa projektor
dan fasa isyarat input RGB tidak sepadan.
Comentários a estes Manuais