
38
7.
Konfigurasikan seting seperti diperlukan pada kotak dialog.
z Yang berikut menerangkan maksud dan seting setiap item yang muncul pada kotak dialog.
8.
Selepas mengkonfigurasi semua seting yang anda mahu, klik [OK].
z Ini akan memulakan main semula fail PowerPoint dan mula menukarnya kepada fail ECA atau
fail PtG.
z Mesej “Conversion complete.” akan muncul apabila penukaran fail selesai.
z JIka anda mempunyai fail PowerPoint lain yang mahu ditukar, ulang langkah 4 hingga 7.
z Untuk menyemak kandungan fail ECA atau fail PtG, lakukan prosedur di bawah “Untuk main
semula fail ECA atau fail PtG pada komputer anda” (halaman 39).
9.
Selepas anda selesai menukar semua fail yang anda mahu, klik bebutang tutup
di sudut kanan atas tetingkap EZ-Converter FA.
Item Kotak
Dialog
Penerangan
Input File Menunjukkan nama fail PowerPoint yang dipilih dalam langkah 6. Seting bagi item ini
tidak boleh ditukar.
Output Drive Menunjukkan nama pemacu cakera boleh alih (pemacu kilat USB atau kad memori)
yang disambungkan pada komputer dalam langkah 2. Apabila berbilang cakera boleh
alih disambungkan pada komputer anda, anda boleh mengklik bebutang [T] dan pilih
nama pemacu tempat anda mahu menyimpan fail yang ditukar. Fail yang ditukar
disimpan dalam folder yang dinamakan ECA (jika ia adalah fail ECA) atau PtG (jika ia
adalah fail PtG) pada pemacu yang anda tentukan di sini.
Di bawah seting lalai awal, jika tiada cakera boleh alih disambungkan pada komputer,
fail yang terhasil akan disimpan dalam lokasi yang sama (pemacu dan folder) dengan
fail PowerPoint asal. Klik bebutang [Browse] dan tukar destinasi simpan, jika anda
mahu.
Output File Name Menunjukkan nama fail bagi fail yang ditukar, berserta laluan dari nama pemacu. Nama
fail adalah sama seperti nama fail PowerPoint kecuali nama sambungannya. Seting
bagi item ini tidak boleh ditukar.
ECA/PtG Menentukan format fail yang ditukar (Lalai: ECA).
Comentários a estes Manuais