
83
Menggunakan Kamera dengan Komputer
3. Dwiklik ikon pemacu kamera.
Lampu operasi kamera akan menyala hijau pada masa ini. Dalam mod ini,
Macintosh anda mengenali kad memori yang dimuat dalam kamera (atau memori
terbina dalam kamera jika ia tidak dimuatkan dengan kad memori) sebagai
pemacu. Rupa ikon pemacu bergantung pada versi Mac OS yang anda gunakan.
4. Seret folder “DCIM” ke folder yang anda mahu menyalinnya.
5. Setelah operasi salin selesai, seret ikon pemacu ke Trash.
6. Putuskan sambungan kamera daripada komputer.
Tutup kamera untuk mematikan kuasa. Selepas memeriksa untuk memastikan
lampu operasi tidak menyala atau menyala merah, tanggalkan kabel USB.
. Untuk melihat imej yang disalin
1. Dwiklik ikon pemacu kamera.
2. Dwiklik folder “DCIM” untuk membukanya.
3. Dwiklik folder yang mengandungi imej yang anda mahu lihat.
4. Dwiklik fail imej yang anda mahu lihat.
• Untuk maklumat mengenai nama fail, lihat “Struktur Folder Memori” pada
halaman 85.
• Imej yang telah diputar pada kamera akan dipaparkan pada skrin Macintosh
anda dalam penghalaan asalnya (tak diputar).
. Peringatan Main Semula Filem
• Untuk main semula filem, mula-mula simpannya ke komputer anda dan kemudian
dwiklik fail filem. Main semula filem dengan betul mungkin tidak dapat dilakukan
untuk data yang dicapai melalui rangkaian, daripada kad memori dsb.
• Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan pada sesetengah
model Macintosh. Jika anda mengalami masalah, cuba yang berikut.
– Matikan aplikasi lain yang sedang berjalan.
Comentários a estes Manuais