
124
Lampiran
. Kanta
• Jangan kenakan tekanan yang kuat semasa membersihkan permukaan kanta.
Perbuatan itu boleh mencalarkan permukaan kanta dan menyebabkan kerosakan.
. Menjaga kamera anda
• Jangan sekali-kali menyentuh lensa menggunakan jari. Kesan jari, kotoran dan
benda asing lain pada lensa boleh mengganggu pengendalian kamera dengan
betul. Gunakan penghembus atau cara lain untuk memastikan kanta dan tetingkap
denyar bebas daripada kotoran dan debu, dan lap dengan perlahan menggunakan
kain lembut yang kering.
• Untuk membersihkan kamera, lap kamera dengan kain lembut yang kering.
. Menutup penutup [CARD] atau penutup [USB] kamera
Apabila menutup penutup, tekan dengan ibu jari anda di
sebelah kiri dan kanan, dengan tekanan yang sama.
Menekan pada salah satu hujung dengan satu tangan
saja dapat membuat penutup tidak menutup sepenuhnya
dan membuat hujung lainnya berada di luar posisi.
. Langkah Berjaga-jaga Semasa Menggunakan Fungsi Wayarles
(LAN Wayarles, Teknologi Bluetooth Wayarles)
Pengendalian produk ini mungkin menjejaskan atau mungkin terjejas oleh peranti
berdekatan yang menggunakan fungsian wayarles.
Pintasan penghantaran radio
Gelombang radio yang digunakan untuk menghantar dan menerima data boleh
dipintas oleh pihak ketiga.
Akses tidak sah
CASIO COMPUTER CO., LTD. dalam apa cara pun tidak bertanggungjawab
sekiranya berlaku akses tidak sah dan/atau penggunaan titik akses produk ini jika
produk hilang atau dicuri.
Guna sebagai peranti wayarles
Gunakan fungsi wayarles produk ini hanya seperti yang diterangkan dalam manual
ini. Sebarang penggunaan lain adalah penggunaan yang salah, dan CASIO
COMPUTER CO., LTD. dalam apa cara pun tidak bertanggungjawab bagi sebarang
kerosakan yang berlaku kerana penggunaan yang salah.
Kemagnetan, cas elektrostatik, dan gangguan radio
Jangan guna produk ini berhampiran ketuhar gelombang mikro atau di tempat lain
yang menghasilkan kemagnetan, cas elektrostatik, atau gangguan radio. Penerimaan
gelombang radio mungkin terjejas dalam persekitaran tertentu.
Penutup [CARD] atau
penutup [USB]
Comentários a estes Manuais